Friendship
Thursday, 6 April 2017 @ 3:20 am


Assalamualaikum,

Ok harini punya post kita nak cakap pasal friendship. Biasalah sekarang ni yang buat kita terpengaruh kadang-kadang faktor dari kawan, betul kan? Ada yang culture shock lah apa lah then salahkan kawan. Kita sendiri sebenarnya yang mudah terpengaruh. Kawan kadang tak jahat pun cuma maybe cara dia salah. Kita yang tahu baik buruk ni pandai-pandai lah avoid benda buruk. Dah ada didikan kan? Dah ada pengetahuan kan? Dah boleh fikir sendiri rasanya.

Ni kita nak cerita sikit pasal pegalaman kita. Before masuk IPTA ni, zaman sekolah dulu-dulu lah. Kita berkawan dengan budak-budak pandai plus baik (nerd-nerd gitu). Tak nerd lah cuma baik. Baik dia tu macam tak keluar malam. Haa yang part keluar malam ni aku hairan betul lah kenapa orang pandang slack je kalau lepak malam. Asal lepak malam je assume kita jahat, kawan tak baik lah apa lah. Eeee tukar sikit mindset tu ok?! Bagi aku lah, aku kawan je dengan semua orang. Tak kisah jenis macam mana, semua aku masuk je hehe tapi jenis pendiam ni susah sikit lah sebab akan kekok sikit.

Start masuk IPTA ni lah aku baru tahu erti persahabatan. Cewah. Haha ok aku belajar tak tinggi mana, sekarang study dekat Politeknik Merlimau Melaka. Start masuk sini lah aku lebih kepada kawan. Apa-apa aku buat aku akan utamakan kawan. Nak cerita pasal perangai kawan ni diorang jenis hawau sikit. Jenis selamba badak diorang je. Tak fikir apa orang cakap pasal diorang asalkan they know what they do. Sebab dah besar kan dah tahu baik buruk so pandai-pandai diorang lah fikir. Tapi even diorang nampak sosial ke apa diorang sangat caring and sayang kawan diorang. Maksud sayang bukan sekadar ungkapan je. Boleh nampak lah diorang punya sayang tu and boleh rasa. Nak dibandingkan dengan kawan yang aku ada sebelum ni hmm aku tak berapa nak rasa sangat and aku tak jadi diri aku bila dengan diorang. That's the difference.

So kesimpulan dia aku nak cakap, jangan pandang orang based on how their act like. Jangan judge cara orang, jangan judge kalau engko nampak dia jahat kau terus assume dia jahat lah sosial lah boleh culture shock lah kalau kawan dengan dia. Just don't think that way. Sangat cetek. Sebab aku first assume kawan aku ni macam tu lah, tapi they're all the best! Sangat memahami, sangat caring, sangat tak kedekut share apa-apa, paling penting sekali diorang tak cakap belakang kawan diorang yang lain. Sebab sepanjang aku lepak dengan diorang, aku tak pernah dengar diorang cakap buruk atau kutuk kawan kitorang sendiri so dari situ aku tahu mesti diorang takkan cakap pasal aku juga bila aku tak ada dengan diorang. Biasanya topik kitorang time lepak semua tentang diri kitorang, lelaki, music, enjoyment, makeup things. That's all! HAHA and the best part is that I can do whatever I wanted to do with them.